Jumaat, 11 Jun 2010

Sebulan di Lawyer Firm

Pejam celik, pejam celik hanya tinggal sembilan hari ajer lagi saya akan menghabiskan attachment di Lawyer Firm En. Zuki. Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang perlu saya tahu. Kejap ajer rasanya. Tak tahulah lepas ni Kolej bagi peluang lagi tak untuk saya beramal sebagai Peguam Syarie.

Hari ni ada satu kes Permohonan Perintah Interim Injuksi (Ex-Parte). Kes perlu diselesaikan segera. Baru semalaam Client datang. Hari ini dah boleh dibawa ke Mahkamah dan Perintah telah diperolehi. Begitulah bagusnya Mahkamah Syariah jika yang terdesak walaupun kes bertimbun tetapi keadilan itu penting. Kes yang perlu didahulukan akan didahulukan.

Nak cerita sikit kenapa kes ini begitu istimewa boleh disegerakan. Ia berkaitan permohonan suami agar duit syarikatnya yang didaftarkan di atas nama isterinya 'ditahan'(INJUKSI) dari di keluarkan oleh isterinya secara aliran dalaman iaitu tranfer online oleh isteri.

Yang keduanya suami juga memohon agar isteri dikekalkan berada di rumah (INTERIM) untuk bersama anak-anak. Salah satu sebabnya isteri suka menghilangkan diri dari rumah dengan membiarkan anak-anak.

Kenapa semua ini berlaku? Sebenarnya si isteri sebelum ini telah memohon perceraian di Mahkamah Rendah tapi masih dalam proses perbicaraan. Bila hati dah tak suka itu sebablah isteri buat 'pe..el' iaitu perangai macam-macam.

Itulah rencah dan asam garam rumah tangga. Apapun sebagai peguam syarie tugasnya membantu hakim dalam memberi fakta yang benar agar keadilan dapat ditegakkan. Disamping itu inilah bantuan peguam bagi menyelesaikan pelbagai masalah ummah.

Bagi yang ada masalah dalam rumahtangga ingatlah "Sabar itu Indah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...