Ahad, 20 Mei 2012

Diploma Pengurusan Muamalat KIPSAS

Diploma Pengurusan Muamalat merupakan salah satu pengajian yang ditawarkan di KIPSAS. Keluasan bidangnya amat menakjubkan merangkumi bidang:
  1. ekonomi Islam;
  2. perakaunan Islam;
  3. perbankan Islam;
  4. Insurans Islam;
  5. pajak gadai Islam;
  6. kewangan Islam dan;
  7. perlaburan Islam.

Asas pengajian yang memfokuskan keseluruhan bidang yang berkait Syariah Muamalat ini akan memudahkan graduan diploma ini menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam ketujuh-tujuh bidang di atas. hubungi 09-5915353 untuk maklumat lanjut.

Tawaran diskaun pengajian dan hadiah netbook bagi yang mendaftar bermula 21 mei 2012 ini - 1 julai 2012. Terhad hanya untuk 20 pemanggil terawal yang mendaftar!!

Ahad, 25 Disember 2011

Penghujung 2011M


Cepatnya masa berlalu hingga hampir menutup tirai 2011M. Kita bakal bertemu sinar mentari 2012M. Apa yang telah kita lalui sepanjang 2011 yang ditinggalkan dibelakang. Apa pula pengisian yang bakal kita penuhi untuk 2012M yang akan kita temui.

Walaupun Masehi bukanlah keutamaam bagi kita umat Islam bahkan tahun baru hijrah yang perlu kita penuhi dengan tuntutan kecemerlangan. Tapi tidak salah jika kita terus mengisi apa jua tahun dihadapan kita dengan penuh kecemerlangan dan langkah tersusun, kemas, mantap dan jitu. Imam As-Syafie ada menyebut dalam satu syairnya yang berbunyi.." Air yang tidak mengalir itu akan bertakung dan berbau busuk manakala air yang terus mengalir akan tetap bersih..".

Rabu, 21 September 2011

HambaMu

Lagu yang menyuntik semangat untuk terus berjuang..

Mawi & Akhil Hayy - HambaMu Lirik

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

(korus)
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Isnin, 23 Mei 2011

Banyak Di Cari Namun Lebih Banyak Tidak Dijumpai

Bertemu kembali sahabat2 blog saya . Mungkin sekian lama menunggu untuk insan ini mencatat apa yang boleh dikongsi bersama. Maaf atas kedhaifan diri ini yang tiada kesempatan untuk mengetuk keyboard ini bagi menukilkan sesuatu yang boleh dikongsi untuk kalian. Hambatan kerja dan tanggungjawab untuk orang lain menyebabkan kadangkala diri ini tiada kesempatan untuk diri sendiri..

Hari ini saya teringat sesuatu yang baik untuk kita kongsikan bersama...yang pasti setiap manusia inginkan dan setiap manusia kejar dan cari.....
...kebahagiaan..
...ketenangan hidup...
...kemerdekaan dari belenggu hutang...
...kejayaan akademik...
...kegemilangan dalam kerjaya...

Namun sedar atau tidak..semakin kita cuba memenuhi semua itu..semakin banyak yang tidak kita tercapai....KENAPA YER?

Mungkin masing-masing ada jawapan yang tersendiri. Tapi bagi saya itulah kehidupan seorang manusia...Kerana kita tidak pernah puas apa yang kita ada . Justeru kita terus mengejar...tanpa kita serahkan pengakhiran usaha kita kepada INSYAALLAH...semuanya dengan izin Allah..

Jika kita meletakkan sandaran kepada kekuasaan Allah..jika kita tidak tercapai semua..sebahagianpun cukup membuat kita bahagia dan tersenyum. Kerna kita tahu itulah yang terbaik buat kita untuk masa ini bagi kita memperolehinya. Namun OPTIMIS ia pasti dalam gengaman akan datang DENGAN IZIN ALLAH...

Rabu, 16 Mac 2011

Seronoknya Pi Utara

Tanggal 28 Februari lalu, saya berpeluang ke Alor Setar bersama tiga rakan lain bagi tujuan promosi kolej anjuran MARA. Walaupun penat baru balik dari Program Tautan Mahabbah yang berakhir 27 Februari 2011 belum berakhir namun semangat ke utara mengatasi segalanya. Mungkin sebab dah hampir dua tahun tak berjalan ke utara. Teruja sangat. Dapat pula 'geng' yang se'kepala'. Bestnya!!!

Setelah dapat izin Big Bos di rumah maka jam 6.30 pagi kami bertolak ke utara. Apa yang menarik nak berkongsi ialah :

1. Keramahan orang utara membuat kami lebih ramah dari mereke..he..he.. (perasan) sehingga booth kami tak putus-putus pengunjung.

2. Makanan utara terutama 'char kuey teow' yang sedap...tiap-tiap hari makan dan dapat pula tempat makan yang hanya RM2.50 satu pinggan. Sampai order 2 pinggan hingga 3 pinggan seorang.

3. Dapat penginapan yang selesa. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia.

4. Dapat pergi "Pekan Rabu"

Di Pekan Rabu
View dari Jambatan Pulau Pinang

5. Dapat makan Laksa Teluk Kechai antara laksa tersedap di Alor Setar.

On the way balik singgah dan round2 Penang kejap...Bestnyer...rasa macam tak  nak balik ..

Di Booth dengan Nurul..adik tersayang
Laksa tersedap...tak puas makan..



Sabtu, 12 Februari 2011

Valentine's Day

Asal Usul Valentine's Day

Sambutan Valentine Day adalah merupakan salah satu hari raya bangsa Rom yang melakukan penyembahan berhala semenjak lebih dari 17 abad silam. Terdapat banyak pendapat yang menjelaskan tentang asal usul perayaan ini. Pendapat yang paling masyhur ialah kepercayaan orang-orang Rom bahawa pengasas bandar Rom iaitu Romulus disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberi kekuatan fizikal dan kecerdasan fikiran kepadanya. Sebagai mengingati peristiwa tersebut bangsa Rom akan mengadakan perayaan yang megah di pertengahan bulan febuari setiap tahun Antara acara yang dilakukan seperti menyembelih seekor anjing dan kambing betina lalu darah binatang tersebut dilumurkan ke badan dua orang pemuda yang kuat fizikalnya. Kemudian pemuda-pemuda tersebut mencuci darah tersebut dengan susu dan berarak sambil membawa kulit binatang yang disembelih untuk melumuri apa sahaja yang mereka jumpai. Para wanita Rom menanti lumuran itu dengan senang hati. Mereka percaya dengan lumuran darah tersebut dapat menyuburkan dan bakal memperolehi ramai anak.

Persoalannya...Adakah perayaan Valentine Day yang berasal dari bangsa yang menyembah berhala sesuai untuk kita umat Islam untuk menyambutnya???? Fikir-fikirkanlah...

Usah kita menjadi golongan yang jahil taqlid(mengikut) tanpa ilmu. Akhirnya tersesat...

 


Cintailah Kerana Allah Agar Adanya Dihargai dan Tika DiKembalikan Tidak Ditangisi.

Sabtu, 5 Februari 2011

Invitation From JAIP

Alhamdulillah minggu ini students cuti semester. Dapatlah berehat sikit. Bersesuaian pulak dengan adanya jemputan dari JAIP untuk cuba buat rakaman dengan TV Hijrah. Berat hati ni untuk menjadi orang kata celebriti TV ni. Maklumlah bila tahap dah masyur nanti segalanya menjadi perhatian umum. Memikirkan diri tidak sehebat mana, ilmu yang tidak setinggi mana dan kesibukan seorang ibu, isteri, pensyarah dan peguam. Macam tak mampu ajer nak berdepan dan menerima pelawaan JAIP tersebut. Selama inipun ada beberapa undangan ceramah dan tazkirah tidak dapat dipenuhi kerana bertembung dengan urusan keluarga.


Namun bila rujuk family, ramai yang bagi sokongan untuk mencuba. Berbekal semangat dan sokongan keluarga juga keyakinan dari firman Allah yang menyatakan : " Allah tidak letakkan sesuatu tanggungjawab itu ke atas seseorang melainkan dia mampu". Mungkin juga saya mampu.

Makanya minggu lepas saya send email ke pihak JAIP untuk memenuhi syarat TV HIjrah. Cuma gambar fotogenik yang tak hantar lagi sebab tak tahu gambar macammana dikatakan fotogenik. Hari ini dengan bantuan adik beradik di rumah emak saya cuba pakai pakaian yang sesuai untuk di'snap' gambar. Moga-moga fotogeniklah....he..he..he... Inilah hasilnya..Kekok bila berdepan dengan camera. Tak pandai nak posing..

Tidaklah terlalu mengharap untuk berjaya mendapat rakaman TV tu nanti, cukup sekadar mencuba dengan apa peluang yang diberi oleh Allah s.w.t.  Bijak pandai ada menyatakan " Peluang biasanya tidak datang dua kali. Hargailah peluang yang diberi".

Mungkin sahabat blog yang lebih faham dengan gambar fotogenik boleh kongsi di sini apakah yang dikatakan gambar fotogenik?..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...