Sabtu, 5 Februari 2011

Invitation From JAIP

Alhamdulillah minggu ini students cuti semester. Dapatlah berehat sikit. Bersesuaian pulak dengan adanya jemputan dari JAIP untuk cuba buat rakaman dengan TV Hijrah. Berat hati ni untuk menjadi orang kata celebriti TV ni. Maklumlah bila tahap dah masyur nanti segalanya menjadi perhatian umum. Memikirkan diri tidak sehebat mana, ilmu yang tidak setinggi mana dan kesibukan seorang ibu, isteri, pensyarah dan peguam. Macam tak mampu ajer nak berdepan dan menerima pelawaan JAIP tersebut. Selama inipun ada beberapa undangan ceramah dan tazkirah tidak dapat dipenuhi kerana bertembung dengan urusan keluarga.


Namun bila rujuk family, ramai yang bagi sokongan untuk mencuba. Berbekal semangat dan sokongan keluarga juga keyakinan dari firman Allah yang menyatakan : " Allah tidak letakkan sesuatu tanggungjawab itu ke atas seseorang melainkan dia mampu". Mungkin juga saya mampu.

Makanya minggu lepas saya send email ke pihak JAIP untuk memenuhi syarat TV HIjrah. Cuma gambar fotogenik yang tak hantar lagi sebab tak tahu gambar macammana dikatakan fotogenik. Hari ini dengan bantuan adik beradik di rumah emak saya cuba pakai pakaian yang sesuai untuk di'snap' gambar. Moga-moga fotogeniklah....he..he..he... Inilah hasilnya..Kekok bila berdepan dengan camera. Tak pandai nak posing..

Tidaklah terlalu mengharap untuk berjaya mendapat rakaman TV tu nanti, cukup sekadar mencuba dengan apa peluang yang diberi oleh Allah s.w.t.  Bijak pandai ada menyatakan " Peluang biasanya tidak datang dua kali. Hargailah peluang yang diberi".

Mungkin sahabat blog yang lebih faham dengan gambar fotogenik boleh kongsi di sini apakah yang dikatakan gambar fotogenik?..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...