Jumaat, 7 Mei 2010

Asas Didikan Anak-Anak Siri 3

Apa khabar para pengunjung blog ini yang dikasihi sekalian,
Alhamdulillah petang ini setelah seharian berhempas pulas menyiapkan Buku Rekod Pengajaran yang bos kehendaki, dapat juga saya menjenguk blog kesayangan saya ni. Berkat kesungguhan  akhirnya Buku Rekod saya dapat  disiap on time. Alhamdulillah..berkat pertolonganNya jua..

Hari ini saya ingin menyambung cara-cara mendidik anak-anak yang bermanfaat untuk kita kongsikan bersama. Asas ketiga yang amat penting dalam usaha memastikan anak-anak didik dengan baik ialah dengan MENUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK untuk anak-anak.


Tauladan yang baik.

Apakah yang dikatakan tauladan yang baik. Tauladan bermaksud sesuatu yang boleh dijadikan contoh. Manakala tauladan yang baik pula ialah contoh ikutan yang baik. Dalam proses mendidik anak-anak bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang akademik, akhlak dan agamanya pasti melalui proses ini samada secara sedar atau tidak. Namun kebanyakan proses mengikut apa yang dilakukan oleh orang terhampir ini biasanya berlaku secara informal. Sudah pastilah pendidikan informal ini sebenarnya lebih berkesan daripada pendidikan formal. 


Allah s.w.t ada menceritakan bahawa suri tauladan yang terbaik bagi semua umat manusia ialah Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik tauladan bagi kamu( untuk diikuti) iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan keredhaanNya dan kemuliaan hidup di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".
-Al-Ahzab:21-
Oleh yang demikian, siapa lagi yang terhampir dengan anak-anak melainkan ibubapa? Maka dengan itu sebagai ibu dan bapa perbaiki diri mantapkan iman untuk menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Sentiasa berfikir setiap kali ingin melakukan sesuatu adakah ianya baik atau buruk?, adakah ianya boleh mendatangkan dosa atau tidak? dan adakah perbuatan kita menjadi contoh yang baik untuk anak-anak atau sebaliknya? 

Selain ibubapa pihak yang banyak menjadi panduan bagi anak-anak ialah guru-guru. Sebagai seorang guru tidak semua guru berkelakuan baik. Ada juga guru-guru yang suka melepak, suka merokok dihadapan para pelajar dan suka bercakap kasar. Semua ini amat diperhatikan oleh para pelajar. Bahkan wahai guru ..anda sebenarnya menjadi ikon, idola pelajar-pelajar untuk berjaya dan hebat sebagaimana anda. Jadi usah bertangguh lagi..jika anda sebelum ini kurang baik sebagai contoh anak murid berubahlah sekarang. Perubahan anda bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga kepada diri anda sendiri di dunia dan akhirat. Anda akan menjadi lebih dihormati, disegani bahkan apa yang anda perkatakan akan dipatuhi oleh pelajar-pelajar tanpa perlu anda membuat apa-apa denda.  


Para pembaca sekalian,

Akhir-akhir ini krisis tauladan sering menjadi penyebab utama kegagalan ibubapa dan guru-guru mendidik anak-anak. Apabila larangan dibuat kepada anak-anak " jangan buat itu, jangan buat ini"..tetapi dalam masa yang sama ibu atau bapa melakukannya maka pendidikan tersebut tidak berkesan. Sebagai contoh bapa yang melarang anak remajanya merokok tetapi dalam masa yang sama bapa tersebut seorang perokok tegar. 


Larangan bapa ini akan menimbulkan ketiadakpuasan di hati anak tersebut. Akan timbul persoalan  dalam minda anak ini " Kenapa aku tak boleh sedangkan ayah boleh?", "Kenapa ayah larang aku sedangkan ayah buat?", " Aah...ayahpun sama jahat juga". Jika situasi ini berlaku adakah larangan ibubapa berkesan bagi mendidik mereka? Pastinya tidak kecuali anak-anak yang berakal dan telah mendapat didikan dan pembelajaran yang baik di sekolah. Anak ini akan ingat kata-kata guru bahawa "Merokok itu merbahaya untuk kesihatan". Namun jarang-jarang kita dapati anak-anak yang mempunyai jati diri yang kuat begini . Di sinilah peranan ibubapa amat penting dalam menjadi suri tauladan kepada anak-anak. Jika kita tidak menyukai anak kita berperlakuan begitu maka kitalah terlebih dahulu tidak melakukan perlakuan tersebut.


Sekian....

2 ulasan:

  1. Salam. Itulah padahnya apabila 'teori' yang dibelajar anak-anak di dalam bilik darjah di sekolah mengenai - mesti berbuat baik, mesti berakhlak sopan, mesti berkata benar, mesti memelihara ibadah, mesti itu mesti ini - tidak menjadi realiti dalam penyaksian dan perlakuan apabila anak-anak meninggalkan sekolah dan kembali ke rumah.

    Pertembungan teori dengan realiti sangat meninggalkan kesan dalam pendidikan anak-anak. Menjadi suri tauladan sangat penting dan mesti dikuasai pada ibu bapa.

    Janganlah nanti apabila anak-anak beralih arah dengan tidak merujuk kepada tauladan dalam dunia hari ini yang sudah "kemarau tauladan dan banjir idola"

    BalasPadam
  2. Betul tu.. Anak-anak confius bila apa yang mereka belajar dalam teori tak sama dengan apa yang mak bapak, guru-guru dan masyarakat buat. Akhirnya anak-anakpun tak rasa nak buat...jadilah masyarakat yang semakin rosak dan terus dirosakkan.

    BalasPadam

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...