Selasa, 27 Julai 2010

Bukan Kemenangan Mutlak

Semalam, satu kes selesai dengan pembubaran perkahwinan. Hanya mengambil masa 30 minit perbicaraan. 12.30 pm-1.00 pm. Walaupun pihak isteri merasa menang dengan permohonan perceraian itu diluluskan oleh hakim, namun dia telah menggadaikan hak hadanah dan lain-lain demi sebuah perceraian...

Hikmat disebaliknya....dalam kehidupan di dunia ini hatta dalam rumahtangga kita tidak akan dapati suatu yang sempurna kerana fitrah manusia itu dijadikan terdapat kekurangan dan kelebihannya berbanding manusia lain. Kesempurnaan adalah hak mutlak Khaliq. Bukan kita sebagai mahkluknya. Bilamana kita tidak sempurna maka adalah lompong-lompong kekurangan. Berlapang dada, bertolak ansur, berusaha membina dan menutup kekurangan untuk nampak sempurna itu penting. Agar kita bahagia, bersyukur dan tahu menghargaai sesuatu.

Mungkin hari ini kita merasakan pasangan kita banyak kekurangannya namun jika mencari pasangan baru belum pasti lagi kesempurnaannya. Sekurang-kurangnya kita telah tahu kekurangan pasangan yang ada untuk diperbaiki berbanding pasangan baru yang perlukan masa untuk mengetahui dan mengenali.
Kemenangan perceraian, namun para ibu tanpa anak-anak di sisi, hilanglah seri hidup kita. Oleh itu kemenangan bukan suatu yang dicari dalam hidup ini tetapi suatu kebahagiaan dalam kebenaran di sisi Ilahi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...