Bayi dijumpai di atas rumput |
Keputusan Kabinet untuk mengkaji dahulu bagi kes-kes pembuangan bayi sebelum menjatuhkan hukuman berat merupakan satu keputusan yang wajar. Bayangkan bagaimana seorang gadis ditipu diperdaya kemudian diperkosa, termengandung lalu bagi menutup aib membuangnya dengan tekanan yang amat berat dari segi psikologi. Mungkin hanya meletakkan bayi di tempat yang selamat seperti surau agar dapat dipelihara oleh orang yang baik-baik. Secara spikologi ia suatu tindakan yang tidak dengan niat kerana berlaku ekoran tekanan perasaan yang amat berat.
Dari aspek perundangan ia dikira sebagai pembuangan anak bukan dengan niat membunuh. Namun dari aspek agama pencegahan itu lebih diutamakan sebagaimana kaedah fiqh :
الضرر يزال
(Menutup jalan-jalan yang membawa kerosakan)
Dalam konteks isu pembuangan bayi ini langkah pencegahan sebelum membawa kepada pengguguran bayi itu perlu dipertingkatkan agar tidak berlaku penzinaan yang akhirnya membawa kepada kehamilan tidak sah. Allah s.w.t telah berpesan agar perkara ini perlu dijauhi bahkan tidak boleh langsung mendekatinya sebagaimana firmanNya dalam Surah al-Isra' ayat 32 :
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Namun apa yang berlaku kini maksiat terlalu berleluasa, pergaulan bebas , penjualan vcd lucah, sumbang mahram, konsert-konsert yang melalaikan, rumah urut, arak dan sebagainya yang tidak dikawal. Maka hukuman sahaja tidak memadai tanpa aspek pencegahan. Mungkin setengah pandangan ada menyatakan "tak apalah biarlah ada daripada tiada langsung". Maka buatlah sesuatu dalam bidang kuasa masing-masing dengan amanah yang telah diberikan oleh Allah bagi semua pihak. Bermula dari tanggungjawab dari rumah sebagai ibubapa, guru-guru, rakan, saudara mara, penguatkuasa, pejabat agama dan pemerintah.
bayi dijumpai di dalam kotak |
Berikut saya sertakan keratan akhbar tersebut:
Bukan semua kejadian buang bayi kes bunuh'
Oleh Abdul Razak Raaff dan Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/08/15
Hak Peguam Negara buat ketetapan dakwa ibu bapa: PM PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata Peguam Negara yang akan menentukan sama ada sesuatu kes buang bayi itu boleh diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan seterusnya mendakwa ibu bapa terbabit ke mahkamah. Perdana Menteri berkata, tidak semestinya setiap kes buang bayi yang dilaporkan itu adalah kes bunuh
bangkai bayi yang dibuang |
“Kita menganggap perkara ini (kes buang bayi) serius namun kalau mahu diselesaikan secara tuntas (menyeluruh) maka ia mesti berpusat kepada pendidikan supaya golongan terbabit terutama remaja faham apa yang boleh dan tidak boleh lakukan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 221 wakil masjid dan surau dalam Parlimen Pekan, di sini, semalam.
Najib mengulas reaksi berbeza beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai berhubung cadangan supaya tindakan membuang bayi disiasat sebagai kes bunuh dan cubaan membunuh.
Jumaat lalu, akhbar melaporkan Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Selain itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika mengulas penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak oleh kerajaan Pas Kelantan, menyerahkan kepada Bank Negara untuk melihat dari segi undang-undang berhubung penggunaan mata wang alternatif itu.
“Biar Bank Negara buat kenyataan mengenainya,” katanya.
Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Komunikasi dan Maklumat Awam Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Kiyotaka Akasaka, berhubung Malaysia adalah model contoh negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan harmoni, Najib berkata, ia adalah hasil dasar kerajaan yang mengambil kira realiti masyarakat negara ini dengan mengamalkan nilai kesederhanaan dalam menguruskan pentadbiran negara.
Malah, katanya, Malaysia bertuah kerana keadaan keselamatan negara terjamin.
Sebagai contoh, katanya, umat Islam di negara ini dapat melakukan ibadat tanpa memikirkan soal keselamatan begitu juga dengan kaum lain yang bebas mengamalkan ajaran masing-masing.
Bayi comel dijumpai di dalam bakul |
Penulis : لعلكم تفكرون
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hasiah
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.