Sebulan berpuasa dibulan ramadhan dan berpesta dengan ibadat-ibadat khusus yang lain sepanjang ramadhan tidak terhenti dengan kehadiran yawal. Nikmat Allah yang melimpah dengan ganjaran pahala ibadat yang berterusan disambung lagi dengan fadhilat yang besar menanti bagi sesiapa yang berpuasa enam hari dibulan Syawal sebagaimana diriwayat oleh Ibnu Majah dengan sanat yang baik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa enam hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan berpuasa satu tahun penuh. Barangsiapa mendatangkan kebaikan ( melakukan puasa) maka baginya digandakan 10 kali ganda".
Dalam persoalan menyatukan niat qadha puasa ramadhan dan melakukan puasa sunat enam di bulan syawal (puasa enam) terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama'.
- Beberapa ulama' berpendapat tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha' berdasarkan kaedah :
أن النافلة لاتؤدى قبل الفريضة
(Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardhu)
Namun bagi kes wanita yang panjang tempoh haidnya dan bimbang tertinggal peluang menunaikan puasa enam maka dibenarkan puasa enam dahulu kemudian mengqadha'kan puasa Ramadhannya.
- Menurut Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa' al-Baab al-Maftooh :51/19:
- Ibadat yang jenisnya berbeza dan waktu berbeza tidak boleh disatukan niat seperti solat sunat Fajar dan solat sunat Dhuha.
- Ibadat yang bersifat umum boleh disatukan niat dengan ibadat bersifat khusus. Contoh jika masuk ke masjid imam sedang solat sunat Fajr, dibolehkan kita sebagai makmum solat bersama imam dengan menggabungkan niat solat sunat tahiyatul masjid kerana solat tersebut bersifat umum.
- Menurut Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23 :
Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya
- Golongan ulama' yang mengharuskan mereka berpegang kepada kaedah fiqh:
"Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Jika dilihat pendapat-pendapat di atas serta beberapa pendapat yang lain jelas menunjukkan terdapat perbezaan pendapat ulama' dalam persoalan ini. Namun apa yang dapat saya nyatakan disini, walaupun ada keharusan dari pandangan ulama' untuk menggabungkan niat antara puasa syawal dan puasa qadha' ramadhan, adalah lebih afdhal jika tidak menggabungkannya kerana dibimbangi akan mengurangkan pahala puasa syawal tersebut kerana niatnya perlu dipendam dengan hanya berniat puasa qadha'. Moga Allah menerima juga puasa tersebut dengan pahala puasa sunat syawal.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hasiah
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.