Isnin, 19 April 2010

Filem Avatar

Filem Avatar. Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan uniknya filem ini. Filem yang menelan belanja AS$300 juta merupakan Filem Terbaik Drama Anugerah Golden Globe ke-67. Sebuah filem animasi yang hebat menggunakan teknologi 3D yang paling canggih.

Sedikit latar belakang kisah dalam filem ini, mengisahkan tentang sejenis makhluk biru yang dikenali sebagai Na'vi hasil campuran DNA makhluk asing yang tinggal di planet Pandora dan DNA manusia. Makhluk biru ini menjadi hero yang mampu menewaskan manusia jahat. Bentuk Na'vi ini menyerupai cicak tetapi berbadankan manusia. Mereka tinggal di taman tergantung rimba dengan di hiasi serangga yang mengeluarkan cahaya dan pokok-pokok yang  bercahaya bila disentuh.

Penonton akan mengkhayali keindahan berada di alam tersebut dan menginginkan kehidupan fantasi seumpama itu dengan membenci manusia kerana jahat, memuja cicak biru sebagai makluk yang baik, menyayangi alam dan binatang. Apa sahaja kuasa ajaib yang Na'vi miliki seolah-olah ingin penonton miliki seperti boleh menguasai binatang bila sesungut Na'vi diletakkan pada binatang dan juga boleh berkomunikasi dengan roh.

Filem ini mengembalikan semula kepercayaan manusia pada zaman tahun 2154 nanti kepada kuasa animisme dengan menolak kebergantungan kepada Tuhan. Ini menunjukkan adanya unsur-unsur yang akan membawa manusia untuk menolak kewujudan Tuhan dan hidup dengan memuja kuasa roh-roh nenek moyang yang telah mati.

Saya berpandangan, ini merupakan salah satu bentuk serangan minda secara tidak sedar dan halus pihak barat dalam menghancurkan aqidah umat Islam dengan menghidupkan dunia fantasi, berkhayal suatu yang tidak ada, suatu yang penuh keseronokan dan jauh dari rasa berTuhan. Dengan itu manusia akan semakin jauh dari mengingati Allah s.w.t sebagai Kuasa Yang Maha Agong mengatasi segala kuasa dan jah dari mengerjakan segala suruhanNya. Bahkan manusia cenderung melanggar laranganNya dengan melakukan segala mengikut kemahuan hati dan nafsu serta logik akal semata-mata.

Marilah sama-sama kita berfikir dan menjaga diri, ahli keluarga serta maasyarakat sekitar kita agar tidak lalai dihanyutkan dengan agenda-agenda halus Yahudi ini. Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan".

Wallahu a'lam.


1 ulasan:

  1. ... akhirnya kepercayaan kepada agama mulai terhakis,sebaliknya saintistisme pula dilihat akan menggantikan peranan agama sebagai sistem kepercayaan manusia moden.

    BalasPadam

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...