Pintu Ramadhan terbuka lagi. Bagi kita yang masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk mengetuk dan memasuki pintu tersebut serta menikmati segala rahmat dan makfirah Allah yang tersedia di dalamnya. Selain rasa gembira dapat meneruskan ibadat di bulan ini, kita juga gembira bila membayangkan pelbagai juadah berbuka yang pelbagai warna , bentuk dan rupa.
Ketika inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk ber'diet'. Namun jika siang harinya menahan diri dari lapar dan dahaga dengan niat mengurangkan makan untuk menurunkan berat badan, menurunkan kolestrol tetapi ketika berbuka membaham segala makanan dengan rakus dan tersandar kekeyangan impian untuk menurunkan berat badan akan terkubur.
Jadi, bagaimana untuk menjadikan Ramadhan bukan sahaja bulan meningkatkan ibadat bahkan juga meningkatkan kualiti kesihatan?
Tidak dinafikan puasa adalah satu metod yang membantu meningkatkan kesihatan. Banyak kajian mendapati puasa dapat melegakan masallah berkaitan sistem pencernaan seperti radang pada kolon dan hati. Puasa juga boleh menangani masalah obesiti, lelah dan tekanan darah . Namun caranya hendaklah betul agar kerahmatan atau kebaikan yang disediakan dari pelbagai segi dapat dinikmati khususnya aspek kesihatan.
Diantara cara yang dianjurkan oleh pakar kesihatan yang dipetik dari Berita Minggu 8 Ogos 2010 ialah :
1. Makanan dan minuman yang terlalu banyak ketika berbuka boleh menyebabkan 'beku' dalam sistem pencernaan.
2. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 4 liter atau bersamaan 15 gelas sehari . Menurut Dr Humaira Nasir, Pegawai Perubatan di Hospital Abu Dhabi , bagi mereka yang mengidap tekanan darah tinggi, boleh mencampurkan sedikit garam di dalam air. Dalam masa yang sama elakkan makan terlalu banyak makanan pedas kerana boleh meenyebabkan minum terlalu banyak air dan amat letih.
3. Jangan mengelak dari bersahur kerana dengannya badan akan mendapat bekalan bagi meneruskan puasa sepanjang hari.
4. Bagi yang ingin menurunkan berat badan mulakan iftar dengan makanan ringan seperti kurma, jus atau sup.Simpan makanan yang berat selepas solat maghrib atau setelah selesai tarawih.
5. Minum air yang mencukupi ketika berbuka selari dengan keperluan tubuh badan yang memerlukan glukos sebagai sumber tenaga terutama otak.
Selamat Berpuasa dan Menyempurnakan Ibadat Puasa Tersebut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hasiah
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.