Khamis, 12 November 2009

Beza Ibadah Haji dan Umrah

Tahukah saudara-saudari bilakah disyariatkan haji dan umrah? Terdapat beberapa pendapat tentang bila bermulanya pensyariatan kedua-dua ibadat ini. Berdasarkan pendapat yang lebih rajih ibadat-ibadat ini disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh As-Syaikhan:
Nabi s.a.w bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-Qis yang datang menemui Baginda s.a.w pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah-perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab: “Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang”. Sekiranya haji difardhukan sebelum itu nescaya Baginda akan turut menyebutnya bersama perintah yang ditujukan kepada mereka ( Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie ).
Terdapat beberapa perbezaan yang besar antara ibadah haji dan umrah dari sudut masa perlaksanaan dan hukum iaitu :

1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.
2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).
3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul
4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).

Sekian, selamat menunaikan haji bagi yang mengerjakan haji pada tahun ini. Semoga mendapat haji mabrur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...