Khamis, 20 Mei 2010

Bahaya Babi Menurut Islam & Sains

Apa khabar sahabat semua,
Semalam tak menulis sehari rindu sangat tangan ni nak menulis sesuatu di sini agar dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang memerlukan. Terfikir pula tentang khinzir atau nama brutalnya babi.

Pernah tengok tak babi? Masa saya kecil-kecil dulu biasa juga tengok babi maklumlah anak felda, belakang rumah saya hutan, jadi biasa sangat tengok babi tumpang lalu di kawasan rumah saya. nasib babi tu tak bagi salam ajer...he..he..Seingat saya yang lalu di kawasan rumah saya tak hensem sangat babinya biasanya warna hitam atau kelabu...Tapi saya ingat babi yang saya jumpa masa tolong arwah ayah kutip buah kelapa sawit di ladang hensem sikit..warna kemerah-merahan dan gemuk-gemuk. Mungkin sebab di ladang tanahnya subur dan cacing-cacing banyak serta sihat. Jadi babi yang hidup di kawasan tu lagi subur dan gebu2..

Tidak dinafikan jika tanya masyarakat cina yang makan daging khinzir ni mereka kata sedap dan dagingnya kemerahan. Tapi kenapa Islam mengharamkan binatang ini dari kita sentuh dan makan? Setiap apa yang Islam datangkan syariatnya bukanlah sia-sia. Ada rahsia disebaliknya yang tidak mendatangkan manfaatpun bagi si pemakan kecuali kenyang  bahkan banyak mudharatnya. Nak tahu mudharatnya?..Baca seterusnya....

Ini muka khinzir...Bagi yang belum kenal bolehlah berkenalan.


Baiklah kita lihat dalil Al-Quran yang mengharamkan khinzir ini. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah :3 yang bermaksud :
" Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana selain Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali  yang sempat kamu sembelih........"

Itulah dalil yang jelas tentang pengharaman memakan daging khinzir. Sekarang kita lihat fakta-fakta kenapa khinzir diharamkan :
1) Kajian Saintis mendapati memakan daging khinzir boleh mendatangkan 70 kjenis penyakit kerana terdapatnya cacing yang dibawa oleh daging khinzir. Cacing ini boleh memasuki badan manusia dan membawa jangkitan seperti Trichinella Spiralis dan Teania Solium.

2) Menurut Dr Murad Hoffman (saintis Jerman), memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh meningkatnya kandungan kolestrol dan melambatkan proses penguraian protein dalam tubuh dan boleh mengakibatkan diserang kanser usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik.
3) Saintis menganggap khinzir sebagai mixing vessel atau tempat kuman berkumpul untuk diubah kepada bentuk merbahaya.

4) Dr Muhammad Abdul Khair penulis buku Ijtihad fi al-Tafsir al-Quran al-Karim menyatakan bahawa daging khinzir mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing ini akan berpindah kepada manusia yang menghampiri dan memakan daging khinzir serta menyebarkan virus Japanese Encephalitis (JE), West Nile Encephalitis (WNE), Vesicular Stomatis (VS), kuku dan mulut, serta radang otak dan hati .


Perlu diingatkan juga pengharaman khinzir bukan sahaja dari aspek makanan bahkan juga seluruh tubuhnya adalah haram termasuk bulu , tulang dan sebagainya.Kadang-kadang kita terbeli berus yang diperbuat dari bulu khinzir. Bagaimanakah cara untuk mengenalinya?


Caranya ialah :
Bagi berus lukisan, berus cat atau berus sapuan bibir dan mata bagi kegunaan kosmetik, untuk mengenali berus itu dari bulu khinzir cirinya bulu tersebut keras (stout of bristle hairs) dan terdapat cabang pada hujungnya (flagged tips).

Bagi barangan kulit seperti kasut, tali pinggang, beg tangan dan lain-lain cara nak mengenalinya ialah kewujudan lubang tiga titik atau lubang yang tidak tersusun tetapi tembus ke belakang kulit tersebut.

Demikian sedikit info tentang khinzir atau babi yang dapat kita kongsi bersama. Itulah indahnya Islam sentiasa memberi kesejahteraan buat penganutnya.

Jadi tugas kita sebagai pengguna dan orang yang kuat makan atau suka makan, berhati-hati dalam memilih makanan dan pastikan tidak membeli yang berkaiatan dengan khinzir.

wallahu a'lam.

 
Ni apa pulak nih...Dah tak tahu halal haram dan mungkin tak tahu bahayanya khinzir dari segi kesihatan. tak tahu belajarlah kan....??phenin-phenin manusia sekarang....

Rujukan :
Milenia Muslim. Mac 2010.

2 ulasan:

  1. sudi la singgah sini ye....

    http://babygown.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Hmm...cantik juga gaun yang ada. Tp anak saya dah besar. Yang girl umur 5 dan 9 tahun. Jika ada t-shirt muslimah untuk saiz mereka ok juga..

    BalasPadam

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...