Selasa, 17 November 2009

Beza Rukun Haji dan Wajib Haji

Sahabat-sahabat yang dikasihi semua, Dikesempatan yang kesempitan ini masalah perlu dijadikan peluang.Saya cuba juga mencari masa yang terlalu padat ini untuk berkongsi info dengan semua.

Jika minggu lalu kita bersama-sama berkongsi tentang beza haji dan umrah, insyaallah minggu ini kita berkongsi pula berkaitan perbezaan antara rukun haji dan wajib haji.



Terdapat keistimewaan dan kelainan dalam rukun dan wajib haji kerana perbezaan antara keduanya disepakati oleh semua ulama’. Ini berbeza dengan ibadat lain yang mana ulama’ tidak bersepakat antara wajib dan rukun ibadat tersebut. Sebagai contoh dalam ibadat solat :



a) Mazhab Syafie tidak membezakan antara rukun dan wajib solat



b) Mazhab Hanbali membezakannya dimana rukun wajib dilakukan walaupun dalam keadaan terlupa. Akan tetapi jika seseorang meninggalkan perkara wajib solat, solatnya dikira sah dan dia perlu menggantikan perkara wajib yang tertinggal itu dengan sujud sahwi.



Rukun haji: Ialah perkara yang wajib dilakukan dalam haji, dan jika ditinggalkan salah satu daripadanya, maka tidak sah haji tersebut. Ia tidak boleh diganti dengan dam seperti: Niat ihram, tawaf ifadhah, saie, wuquf di Arafah, tahallul.



Wajib haji: Perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam haji, tetapi jika ditinggalkan, haji tetap sah, dan wajib diganti dengan bayaran dam, seperti bermalam di Mina, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah dan tawaf wida’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...