Selasa, 18 Mei 2010

Solat Jumaat Bagi Wanita Muslimah

Solat Jumaat merupakan solat yang disyariatkan oleh Allah . Ini kerana terdapatnya kelebihan yang khusus diberikan oleh Allah s.w.t  kepada umat ini untuk kejayaan di akhirat melalui kemuliaan hari jumaat.

Walaubagaimanapun kewajipan solat jumaat ini menurut Kitab Fiqhul Manhaji Imam As-Syafie, hanya kepada mereka yang mempunyai tujuh syarat berikut :

i. Islam
ii.Baligh
iii.Berakal
iv.Merdeka
v. Lelaki
vi. Sihat tubuh badan.
vii. Bermukim ditempat jumaat didirikan.

Jika dilihat syarat-syarat di atas jelas bahawa wanita tidak diwajibkan untuk solat jumaat berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Tariq bin Syihab r.a :
"Solat Jumaat adalah tanggungjawab wajib ke atas setiap orang Islam(lelaki)".

Walaubagaimanapun sekiranya kanak-kanak dan wanita ingin mendirikan solat tersebut ia tidak menjadi suatu tegahan bahkan digalakkan ( sunat ).


Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w :

 لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات

( Janganlah kamu menegah kaum wanita di bawah tanggunganmu ke masjid tetapi hendaklah mereka keluar tanpa memakai wangian)
(HR. Bukhari & Muslim)

Hadis di atas jelas menerangkan kepada kita bahawa solat jumaat boleh dilakukan oleh wanita begitu juga wanita yang ingin bersolat di masjid. Namun adab keluar rumah hendaklah dijaga. Tidak boleh melakukan sesuatu dilarang yang boleh menimbulkan fitnah dan mencalarkan nama baik wanita muslimah. Antara perkara-perkara yang ditegah ketika wanita ingin ke masjid atau surau ialah :
a) Tidak menutup aurat dengan sempurna seperti tidak memakai stokin, memakai pakaian yang ketat dan boleh menimbulkan syahwat lelaki ketika memandangnya.
b) Memakai wangian seperti larangan dari hadis di atas.
c) Niat ke masjid bukan tujuan ibadat
d) Membuat bising semasa dalam perjalanan ke masjid yang boleh menarik perhatian dan mengganggu orang lain.

Timbul persoalan di minda kita, jika wanita yang telah mendirikan solat jumaat adakah perlu lagi wanita tersebut mendirikan solat zohor?

Berdasarkan pendapat Ibnu Munzir :

Wanita yang telah mendirikan solat jumaat tidak lagi wajib ke atasnya untuk solat zohor.

Ini bermaksud solat jumaat seorang wanita telah mengangkat kewajipan solat zohornya sebagaimana yang berlaku kepada orang lelaki.

Ada satu lagi persoalan yang sering di tanya oleh wanita : Adakah tidak sah solat zohor seorang wanita yang didirikan ketika jemaah solat jumaat di masjid belum pulang?

Berdasarkan kitab 300 Kemusykilan Agama karangan Ustaz Ahmad Baei Jaafar dan Ustazah Zawanah Muhammad menyatakan bahawa :

" Solat zohor wanita sebelum selesai jemaah di masjid selesai mendirikan solat jumaat adalah sah kerana solat jumaat bukan kewajipan ke atas wanita".

Kesimpulannya di sini, solat jumaat boleh dilakukan oleh wanita muslimah. Cumanya pandangan saya kita perlu melihat kepada uruf setempat kita. Adakah sesuai semua wanita di Malaysia keluar mendirikan solat jumaat dalam keadaan masjid yang melimpah dibanjiri kaum adam yang tidak mencukupi tempat solatnya. Juga dengan dunia yang penuh fitnah kini, adalah lebih baik wanita solat di rumah.

Sebagaimana Nabi s.a.w ada berpesan kepada kaum wanita :
لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن
(Janganlah kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untuk solat di masjid, akan tetapi solat di rumah adalah lebih baik bagi mereka)

Wallahu'alam.

Rujukan :
Kitab Fiqh al-Manhaji Imam As-Syafie
Kitab 300 Jawapan Kemusykilan Agama Wanita oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar & Ustazah Zawanah Muhammad
www.akhisalman.blogspot.com

3 ulasan:

  1. assalamualaikum ustazah..
    teringat mase ustazah bagi kuliah tentang solat jumaat di dk1 dulu..

    BalasPadam
  2. salam ustazah... naqiah ade 1 kemusykilan.. naqiah pernah dengar 1 ustaz nie bg kuliah mengenai solat jumaat.. pandangan die memang lain,, beliau mengatakan semua org mukmin itu WAJIB utk menunaikan solat jumaat termasuk lelaki n wanita,, sabit drpd ayat Allah dlm surah al jumu'ah ayt 9: " hai org yg briman, apabila diseru utk menunaikan solat pd hari jumaat, maka bersegeralah kamu kpd mengingati Allah..." jd, naqiah sedikit keliru dgn pendapat ini,, adakah hukum solat jumaat bg wanita hanyalah sunat,, atau pun wajib spt pndpt ust itu? mohon penjelasan ustzh.. trm ksih~

    BalasPadam
  3. Salam..Naqiah, apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah selalu..Jangan nakal2..he..ustazah ingat naqiah di kolej dulu agak nakal sikit.. :)

    Baiklah berkenaan soalan Naqiah. Senangnya untuk Naqiah faham begini. Kita ambil contoh kewajipan solat, tidak dijelaskan detail oleh Al-Quran bagaimana caranya. Kewajipan itu juga bersifat umum " aqimussalah". Tapi dimana kita perolehi pendetailannya? syarat dan rukunnya, perbezaan solat lelaki dan wanita? Sudah pasti dari Hadis Nabi dan qaul ulamak.
    Begitu juga dalam soal soal jumaat ini. Firman Allah daalam surah al-Jumuah adalah bersifat umu. tapi bila lihat huraia detail dari hadis ( sila rujuk hadis dalam artikel ustazah di atas) jelas hanya kewajipan kepada golongan lelaki. Ini dikuatkan dengan kata-kata ulama' . Lihat huraian dari Mazhab Syafie. Jadi kesimpulannya kita tidak boleh menghukum terus hanya berdasarkan Al-Quran sahaja tetapi perlu lihat penjelasan dari hadis Nabi s.a.w dan qaul ulama'. Kecuali ustaz yang Naqiah cakap tu ada berpegang kepada mazhab lain yang mewajibkan. Setakat ini mazhab Syafie hanya mewajibkan kepada lelaki sahaja.

    Wallahu a'lam.

    BalasPadam

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...