Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru..

16 Mei ...tarikh yang cukup keramat buat semua guru...
Setiap kali melangkah ke tarikh ini ingatan silamku mula bertaut..
Masih segar kenangan zaman persekolah..
Di Sekolah Keb Tanah Putih Pekan 1983-1985
Di Sekolah Keb LKTP Chini Timur 1 1986-1988
Di sekolah inilah aku mengenal A, B, C...
Disekolah inilah aku bertocang 2 ayu dan cerdas menghadiri kelas-kelasku...
Di zaman sekolah inilah aku mula mempelajari menaiki bas ....

Segalanya indah...
Tiada kenal erti masalah...
Tiada kenal erti letih...
Tiada kenal erti jemu...
Segalanya teramat mengasyikan..
Ditemani guru-guru yang rajin, kreatif dan inovatif...
Cikgu Halimah, Cikgu Rozal, Cikgu Norlina,Cikgu Norliza, Cikgu Muhammadan..
dan ramai lagi....
Kenangan bersama kalian tetap segar dan indah dalam memoriku..
Kalian terlalu hebat hingga memindahkan kehebatan itu kepadaku...

1989-1993
Aku dicorakkan dalam aliran agama dan bahasa arab...
SMATAF Pekan pilihanku...
Disitulah bermulanya aku memahami erti perbezaan jantina...
Lima tahun di sekolah perempuan agama..
Menjadikan aku seorang yang amat berhati-hati dalam pergaulan dengan lelaki...
Tarbiyyah ini dimantapkan seterusnya...
Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang 1994-1995
Penuh adab dan kasih sayang kami didik...
Guru-guru penuh dedikasi dan mesra bagaikan ibu, abang, ayah dan kakak...
Berkahnya ilmu dalam kasih sayang...
Daku menjadi manusia yang mampu berbakti kini.....
Ustazah Marbiah, Ustazah Faridah( SMATAF),
Ustazah Zaleha, Cikgu Habib, Cikgu Rosli dan lain-lain lagi.......
Terima kasih yang tidak terhingga cikgu...
Jasa kalian terlalu besar....
Menjadikanku kini manusia yang berjiwa besar...
Walaupun badan tak sebesar mana....

Salam sayang buat kalian....
Walau dimana kalian berada..
Semoga rahmat dan bantuan Allah sentiasa bersama kalian...

-Hasiah Mat Salleh-
Pensyarah & Peguam Syarie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...