Isnin, 21 Jun 2010

Tips Menghilangkan Rasa Bosan

Ada ketikanya kita tiba-tiba merasa bosan sama ada di rumah, di sekolah mahupun di tempat kerja. Bosan di rumah mungkin lebih mudah untuk kita mengatasinya. Boleh keluar berjalan-jalan, window shopping, pergi taman dan paling kurang menonton movie yang kita minat di televisyen.

Namun kebosanan di tempat kerja agak sukar untuk kita hadapi kerana kita terikat dengan etika kerja. Tidak boleh keluar dari pejabat tanpa urusan penting dan mesti dengan kebenaran Ketua Jabatan. Jika kebosanan ini tidak dihilangkan ia akan menyebabkan waktu berlalu dengan sia-sia. Kerja-kerja banyak terbengkalai. Senang cerita bosan ini kita tafsirkan rasa tak ada mood hendak melakukan kerja. Bagaimana caranya untuk menghilangkan rasa tidak ada mood atau bosan tersebut ?

1) Kita perlu ada target pada setiap hari kita berkerja. Jika tidak ada target pekerjaan idak teratur. Bahkan kita berkerja tidak mengikut keutamaan. Jika ada target kita lebih fokus dengan kerja kerana jika tidak siap kita meletakkan bahawa kita tidak mencapai kecemerlangan yang kita hendak capai pada hari ini.


2)Sampai di tempat kerja pastikan meja sentiasa kemas dan tersusun. Walaupun banyak kerja namun bila suasana meja yang tersusun pemikiran akan tetap tenang. Maka kebosanan sukar mengambil tempat di dalam pemikiran kita. Daya fokus akan bertambah.


3) Pastikan perut kita telah terisi sebelum memulakan kerja. Bagi yang berpuasa pastikan kita telah bersahur agar badan terus cergas dalam melakukan gerak kerja di pejabat. Jika perut lapar akan menyebabkan kelesuan dan kurang bersemangat untuk berkerja. Bila kurang semangat itu yang memudahkan mood tak ada atau bosanpun mai..


4) Mulakan langkah untuk berkerja dengan bismillah agar semua pekerjaan itu dikira ibadah. Bila merasai ianya dalah ibadat kita akan melakukan dengan terbaik. Keberkatan juga akan bersama kita. Kita lebih seronok berkerja kerana Allah sentiasa bersama kita.


5) Sentiasa rasa gembira bila berkerja. Muka jangan asyik mencuka. Senyum-senyumlah bila sesuai dan perlu. Senyuman akan menghilangkan stress dan kita akan lebih rasa bersemangat untuk berkerja.


6) Bagi yang jenis cepat bosan bila lama menfokuskan sesuatu kerja elok lakukan kerja secara berpasukan. Ia akan lebih mengembirakan dan kerja lebih cepat selesai. Cari kawan satu jabatan yang rapat untuk sering melakukan kerja bersama. Tapi awas elakkan berlainan jantina kerana bimbang sering berkerja bersama berdua-duaan boleh menimbulkan fitnah.

7) Iringi kerja dengan muzik yang sesuai atau bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Elakkan muzik berbentuk keras kerana boleh mengganggu tumpuan kerja dan tidak baik untuk kesihatan otak.

8) Elakkan terlalu lama berdiri atau duduk. Jangan terlalu lama duduk di posisi yang sama. Cuba bergerak dan beralih posisi serta lakukan senaman ringan.

9) Sentiasa melihat email terbaru dari inbox email pejabat. Pastikan email pejabat diuruskan dengan baik. Delate mana-mana email yang telah dibaca jika tidak perlu disimpan. Jika perlu disimpan buatkan satu folder baru untuknya. Bila Inbox kosong dan kemas, kerja-kerja akan lebih tersusun dan kita lebih bersemangat berkerja.

10) Sekali-sekali berbual dengan rakan sekerja bagi mengilangkan kebosanan dan merehatkan mata dari memandang kerja yang dibuat. Awas jangan berbual terlalu lama. Cukup untuk menghilangkan kebosanan sahaja.


Demikian beberapa tips yang sempat difikirkan pagi ini. Selamat mencuba. Semoga sama- sama cemerlang kerjaya, ibadat dan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...