Khamis, 17 Jun 2010

17 Jun- Sebulan di Lawyer Firm

Hai, apa khabar sahabat-sahabat blog saya. Maaf tidak berkesempatan untuk up date blog kerana kesibukan tugas. Baru dapat menghayati keadaan kesibukan sebenar seorang peguam.

Isnin lalu kes batal kerana kecemasan. Hakim tidak sihat. Kesihatan seorang hakim amat penting dan perlu diberi perhatian. Jika kesihatan jasmani, rohani dan spritual tidak berada dalam keadaan sepatutnya, sukar bagi hakim untuk mengadili sesuatu kes dan perbicaraan. Jadi kes batal dan semua pihak-pihak termasuk lawyer balik. Saya sempat minum dengan seorang Peguam Syarie yang telah mencipta nama dalam dunia profesional guaman ini selama dua tahun. Namanya Cik Hidayah. Sama usia dengan saya mengajar di Kolej. Apa yang menarik dia adalah ex-KIPSAS yang menyambung pengajian syariah di UKM. Nampak anak-anak didikku, inilah contoh siswi KIPSAS yang telah berjaya. Sebenarnya ramai lagi yang dah jadi lawyer Syariah dan sivil. Tak mampu nak sebutkan di sini produk-produk dari kolejku.Banyak juga berkongsi cerita dengan Cik Not (nama manjanya) sebab kami ada cemistry yang baik. 


Walaupun tidak dapat membawa kes hari isnin lalu namun sempat edarkan bisnes card pada client yang tak ada peguam bila mereka minta khidmat nasihat saya sewaktu keluar dari Mahkamah. Alhamdulillah dapat jalankan marketing untuk firm.

Selasa kes tangguh lagi. Tapi saya siapkan claim untuk kes-kes yang telah selesai  dari BBG. Banyak juga hampir sepuluh kes dan firm boleh dapat puluh ribu RM. Wow! memang boleh kaya bagi yang hendak menjadi peguam syariah sepenuh masa. Buat siswa siswi anak-anak didik saya yang berminat meneruskan cita-cita dalam guaman, bulatkan tekad dan terus mara ke depan. Kalau sehari calim dapat puluhan ribu RM sebulan..kirallah sendiri. Namun jangan lupa amanah untuk membantu menegakkan keadilan. Bagi saya saya minat bidang ini dan buat amali bagi memahirkan diri dan meningkatkan taraf profesionalan saya nak mengajar anak-anak didik di Kolej. Selain itu untuk tolong Mahkamah menegakkan keadilann dan menolong menyelesaikan masalah ummah.Duit bagi saya kemudian.Petang pihak-pihak yang saya bagi bisnes kad semalam datang firm. Alhamdulillah rezeki masyukk..he..he..Namun untuk En-R ini saya nasihatkan agar dia tarik semula kes agar boleh membuka ruang kedamaian dallam rumahtangganya dahulu. Duit-duit juga tapi amanah membawa ummah ke arah kebaikan dunia akhirat itu perlu di dahulukan.

Rabu, masyaAllah banyaknya kes. After kes ada pihak yang tidak ada peguam berminat nak ambil saaya jadi peguamnya. Terus fail dua kes. Hadanah dan Harta Sepencarian. My bos..senyum ajer dan galakkan saya buat betul-betul sampai berjaya.

Hari ini, pagi tadi ada kes. Tidak banyak kes firm kami tapi kes BBG banyak. Jumlah kes  di mahkamah pagi sahaja sebanyak 24 kes. Petang nanti banyak juga. Petang saya tak ke mahkamah stay ajer di firm selesaikan hujah hibah. En-R datang dan bagitahu dah tarik balik kes, tetapi pihak lawan pula nak filing kes ke mahkamah. Biaarkan jika pihak satu lagi hendak juga barulah En-R open file dengan saya bagi lawan balik pihak tersebut.

Oklah saya perlu sambung tugas menyiapkan hujah dan buku Minggu Aluan Siswa Kolej. Semalam baru dapat tahu dilantik sebagai AJK MAS pelajar baru.

Jumpa lagi dalam coretan akan datang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...