Jumaat, 28 Ogos 2009

Keajaiban Jus Manggis

Salam..

Hanya nak berkongsi pengalaman yang menakjubkan. Baru-baru ni sedang kita digegarkan tentang H1N1 risau juga nak datang kampus mengajar. Namun kerana tugas dan letakkan tawakkal pada Allah, koi datanglah juga mengajar dalam keadaan beraga-jaga pakai mask dan selalu cuci tangan.

Namun baru-baru ini baby koi Muhammad Adib yang baru 11 bulan tiba-tiba demam panas yang amat teruk..tak nak turun-turun selama seminggu. Kesian sungguh melihat Adib. Puas dua klinik dah koi gi tapi tak ok juga...Hingga dinasihatkan oleh doktor untuk admit hospital.Adib bukan sahaja demam tetapi juga batuk dan selsema yang teruk. Koi pun buatlah solat hajat dan minta pertunjuk dari Allah apakah penawarnya..Sedih sangat bila tengok Adib tak mahu bermain dan bergurau macam biasa..

Alhamdulillah setelah hari ke tujuh, kami di datangi oleh seorang Tuan Haji dari Temerloh menyatakan bahawa ada suspect H1N1 di Kuantan dah sihat dengan mengambil Jus Manggis. Kamipun ingin mencuba dan diberi olehnya satu botol. Petang setelah berbuka kami suapkan Adib dalam 10ml. Selang 1 jam suhu adib turun dari 38.9 kepada 38.0 . Kami bersyukur sangat...selang 4 jam kami bagi lain dengan dos yang sama alhamdulillah suhu adib turun lagi ke 37.3. Dan malam tu Adib tidur lena sangat.Tuhan sahaja yang dapat rasa bagaimana perasaan kami ummie dan walid Adib.
Keesokan paginya Adib telah sihat sepenuhnya dengan suhu 36.7.

Bagi sesiapa yang ada penyakit kronik, cubalah ambil jus manggis ni. Tapi tak semua yang ok..pilih jenama yang kami beli ini ajer.. Harganya tak mahal cuma RM 55.00. Jika hendak dapatkannya kami boleh dapatkan. Hubungi saya di talian 013-9329801 atau suami 013-9325383. Bagi kami nilai kesihatan lebih penting dari RM 55.00 itu.

Semoga dapat membantu bagi sesiapa yang memerlukannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...