Cepatnya masa berlalu hingga hampir menutup tirai 2011M. Kita bakal bertemu sinar mentari 2012M. Apa yang telah kita lalui sepanjang 2011 yang ditinggalkan dibelakang. Apa pula pengisian yang bakal kita penuhi untuk 2012M yang akan kita temui.

Menarik bait-bait syair ini untuk saya kongsikan bersama dengan para pembaca sekalian bahawa mengalir terus umpama air dengan keazaman dan kecemerlangan tanpa henti biarpun terpaksa menempuh batu batan yang curam dan besar, juram yang dalam penuh cabaran namun itulah semangat air yang harus kita contohi. Hidup ini tidak lepas dari pelbagai ujian dan cubaan dari Pencipta. Namun keyakinan dan keazaman mampu menjadikan kita terus positif dan terus mencapai kecemerlangan.
Apa yang telah dilalui dibelakang sana adakah lebih cemerlang berbanding tahun 2010? Apakah yang bakal kita tempuhi di hadapan kita nanti adakah lebih cemerlang berbanding 2011?. Sama-sama kita kuatkan semangat dan keazaman agar kecemerlangan terus digengam walaupun pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi. Semangat PEJUANG tidak pernah mengalah..Moga redha Allah dan bonda terus menjadi pemandu dalam mempermudahkan apa yang dilalui. Menggapai kecemerlangan tidak sesusah mengekalkan KECEMERLANGAN...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hasiah
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.