Ahad, 25 Januari 2009

Falak Course


Tanggal 21 Januari 2009 - 23 Januari 2009 ( rabu-jumaat), saya telah dihantar oleh Dekan SPI mengikuti Kursus Falak di Duta Village Beserah Kuantan. Taklah jauh sangat tempatnya dalam 30 minit perjalanan dari rumah. Namun apa yang nak kongsikan di sini ialah berkaitan ilmu falak dan serba sedikit kepentingannya.
Ilmu Falak merupakan salah satu cabang ilmu Islam yang masih kekurangan tenaga pakar (expertise). Sejak didedahkan tentang ilmu tersebut pada 26 Disember 2009 dalam Konvensyen Falak yang dianjurkan oleh Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( KIPSAS), saya betul-betul terpegun dengan kehebatan ilmu ini yang jauh lebih baik dan tepat berbanding ilmu kaji cuaca dari barat yang digunapakai oleh Jabatan Kaji Cuaca kita. Perbincangan ilmiah akan saya kupaskan dalam ruangan ilmu falak. Diruangan ini lebih kepada menceritakan pengalaman dan jerih payahnya seorang ibu, isteri dan pekerja berkursus...demi agama, suami dan tempat kerjaku..
Mula2 dapat tahu nak dihantar kursus ialah pada hari Selasa (20.jan 2009) iaitu sehari sebelum kursus. Terkanjat jugak saya atas arahan yang tiba2..biasalah sebagai pekerja saya masih ingat pesan En. Wahab ( pensyarah IPTAA) dalam Kursus Induksi dahulu, " Nak bahagia berkerja, amalkan 'yes bos' ". Tambahan pula KJ saya harap sangat saya tak menolak. Akupun pencinta ilmu, cuba discuss dengan BIG BOSS di rumah. Alhamdulillah suamiku memahami. Sama2 berkerja ni tak susah sangat. Tambahan pula suamiku berniaga sendiri jadi masa agak flexsible untuk tolong hantar dan ambik anak ke sekolah.
Hari rabu petang ( 21 jan 2009), saya mula berfikir bagaimana baby yang baru 4 bulan hendak ditinggalkan. Sedangkan setiap malam babyku jenis suka berkepit denganku untuk tidur. Sian Adib Ummi. Saya mohon pada Allah agar dipermudahkan. Moga ada pertolongan dari Allah SWT. Dalam jam 5.10 ptg saya tiba ditapak kursus untuk pendaftaran. Alhamdulillah oleh kerana peserta perempuan tak ramai saya diberi bilik seorang. Jadi ada peluang saya bawa baby dan maid serta anak2 yang lain. Merekapun lama dah tak tidur di hotel. Maklumlah ekonomi agak merosot akhir2 ni. Duit poketpun merosot gak..:) Sedihnya my hubby tak dapat nak teman bergilir2 dengan maiduntuk jaga Adib kerana bisnes baru nak naik semula jadi bz giler kandaku sayang tu. Tak perlah aku dah biasa seorang dan susah..jadi aku yakin boleh manage anak2 disamping berkursus.
Setelah ambil anak sulungku Nur Fatin Nabihah balik sekolah, dalam jam 8.00 malam saya bawa maid dan anak2 ke Duta Vilage. Sampai je siap atur anak2 dan setting bilik jam 9.10 malam saya tinggalkan mereka bersama maid di bilik. Aku serahkan mereka pada Allah demi mencari rezeki. " Adib sayang, duduk baik2 yer dengan bibik, cuba berdikari tidur tanpa ummie disisi sayang" bisikku pada babyku. Sebaik sahaja melangkah keluar pintu, Kakak Fatin menangis tidak mahu ditinggalkan. Katanya " kakak takut ummie tak ada". Kesian juga melihat kakak menangis, namun aku tidak boleh membiasanya perasaan takut itu bersarang dalam diri anakku. Pesanku kepadanya " Allahkan ada. Lagipun ummie tak lama". Puas ku pujuk alhamdulillah kakak mula ok dan melepaskan aku pergi.
Saya tiba lewat untuk taklimat. Hampir 9.30 malam. Malu?? ish! apa nak malukan itulah keadaan aku seorang ibu yang cuba mengimbangai antara perbagai tugas seorang ibu, isteri dan pekerja.Jam 10.30 malam..taklimat tak tamat lagi. Hatiku mula gelisah, teringat anak2. Tidurkan mereka atau menagis tidak dapat tidur?. Jam 11.00 malam masih belum tamat..tapi agak melalut pula perbincangan..saya ambil keputusan nekad. Saya terpaksa tinggalkan kursus kerana masa telah jauh malam. Saya perlu bersama anak2 pula. Setibanya di bilik..semua telah tidur kecuali maid yang setia menanti. Nampak dia agak keletihan kerana lewat tidur dan cuba mententeramkan Adib. Alhamdulillah Adib tidak meragam sangat. Keesokan harinya kelas pengajaran tentang gerhana dan kaedah-kaedah pengiraan ijtimak dan sebagainya bermula. Pagi bermula jam 8.30 hingga 1.00 tengahhari. Petang 2.30 petang-5.00 petang. Malam pula 9.15 malam -10.30 malam. Kursus sepenuhnya dikendalikan oleh Tuan Haji Abdul Ghani bin Salleh, seorang Pakar Falak dari Negeri Terengganu. Keseluruhan kursus amat baik cuma keadaan Tuan Haji yang agak laju mengajar serta pendengaran beliau yang agak kurang baik sedikit sebanyak memberi masalah bagi kami para pelajarnya. Apapun..jika ada kesempatan masa ingin aku terus mendalami ilmu ini. Buat suami tercinta..terima kasih kerana memahami isteri abang ini. Maafkan jika kurang masa bersama abang dalam tiga hari ini. Sayang akan bercuti seminggu pada minggu hadapan untuk memberi masa yang lebih untuk abang. I love U.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...