Khamis, 29 Januari 2009

Rahsia di Sebalik Gerhana

Disebalik Kejadian Gerhana

Tanggal 26 Januari 2008 kita sekali lagi dikejutkan dengan fenomena Gerhana Matahari yang berlaku bermula jam 4.30 petang sehingga jam 7.00 petang berbeza mengikut lokasi masing-masing. Fenomena yang setiap tahun akan berlaku ini merupakan satu Sunnatullah ( hukum Allah ) yang telah ditetapkan olehNya. Gerhana Matahari yang berlaku pada kali ini adalah jenis Anulus ( Gerhana Cincin) kerana kedudukan bulan di tengah-tengah antara matahari dan bumi dengan saiznya yang lebih kecil dari bumi.
Dalam keghairahan kita melihat kejadian yang menakjubkan ini, kita disunatkan untuk bersama-sama mendirikan solat sunat gerhana yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w dalam sunnah baginda :
" Maka apabila kamu melihat keduanya( gerhana matahari dan gerhana bulan) maka hendaklah kamu bertakbir, berdoa kepada Allah, melaksanakan solat dan bersedekah" –HR Bukhari dan Muslim-
Namun pernahkah kita terfikir apa simbolik disebalik kejadian ini? Kenapa kejadian ini berulang setiap tahun? dan apa yang Allah s.w.t hendak sampaikan disebalik peristiwa tersebut.
Perjalanan bulan, bintang, matahari dan semua planet-planet yang ada, adalah mengikut perintah Allah s.w.t di orbit masing-masing. Maka oleh sebab itulah sampai masa, hari dan saat yang telah ditetapkan insyaAllah akan berlaku gerhana bulan dan matahari yang berulang-ulang yang dapat diramalkan oleh ahli-ahli falak dan astronomi dengan formula pengiraan tertentu. Inilah yang dinamakan Sunnahtullah ( hukum Allah) yang perlu dipatuhi oleh setiap makhluk. Simbolik kejadian ini menunjukkan bagaimana berkuasanya Allah s.a.w , Maha Besar dan Maha Perkasa Kehebatan dan kekuasaanNya yang ditunjukkan menerusi kejadian ini, jelas menunjukkan bahawa:

i) Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t.
ii) Kewajipan sebagai makhluk dan hamba untuk taat dan patuh kepada segala hukum dan perintahNya tanpa berbelah bahagi.
iii) Kejadian yang berulang-ulang setiap tahun menunjukkan bertapa Maha Pengasih dan Penyayang Allah s.w.t yang sering memperingati makhlukNya akan kekuasaanNya.
iv) Sebagai peringatan(muhasabah) tahunan dari Allah s.w.t agar manusia menjauhi sifat-sifat angkuh, sombong dan sewenang-wenangnya membuat dosa, maksiat dan lalai dari mentaatiNya.
v) Menyedarkan manusia agar menghiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah baik terhadap sesama makhluk apatah lagi terhadap Allah s.w.t
vi) Mengingatkan bahawa setiap kejadian ada awalannya yang mana akan kembali kepada asalnya. Demikianlah juga manusia yang akan kembali semula kepada Penciptanya setelah kematian itu berlaku.


Demikianlah beberapa beberapa perkara tersirat disebalik Gerhana Matahari yang berlaku untuk sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar. InsyaAllah kita bakal bertemu lagi Gerhana Matahari pada tahun ini yang dijangkakan berlaku pada 22 Julai 2009 dengan Gerhana Penuh (Total) di Negara China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...