Ahad, 23 Ogos 2009

Sejarah Palestin


MENGIMBAS SEJARAH PALESTIN
Nakbah Palestin bermaksud malapetaka atau bencana besar yang melanda Palestin..Bermula pada 15 Mei 1948 hingga kini, genap 60 tahun bumi  tersebut dijajah. 
Bumi Palestin sering dikaitkan dengan wilayah-wilayah yang masyhur seperti Baitulmaqdis (Jerusalem), Gaza dan Baitullah yang merupakan tempat terpenting kerana pelbagai peristiwa dan kisah tertentu. Tambahan pula dengan wujudnya Masjid al-Aqsa dalam jajahan Baitulmaqdis yang disebut oleh al-Quran berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Masjidilharam.
Dalam sejarah Palestin, bumi ini pernah dibebaskan oleh seorang panglima perang terbilang bernama Salehuddin Al-Ayubbi. Beliau adalah pengasas Daulah Ayyubiah dan bergelar Sultan Salahuddin, berhasil merebut kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib Kristian yang diketuai oleh'Raja Richard the Lion Heart' dari England bersama tentera-tentera Eropah lain seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.  Walaupun beliau (Salahuddin) bukan daripada keturunan bangsa Arab, isu Masjid al-Aqsa tidak dianggapnya isu bangsa malah isu agama kerana ia adalah kiblat pertama orang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...