Isnin, 31 Mei 2010

Sebulan di Lawyer Firm

Perkembangan hari ini....ada satu kes ajer. Kes fasakh kerana suami menzalimi isteri. Perbicaraan kes ini bos saya yang akan bawa. Saya just follow ajer..

Fakta kes ini banyak kali isteri didera dan disakiti dari aspek mental dan fizikal.Banyak kes-kes begini sekarang. Faktor penderaan, cemburu, panas baran dan masalah nafkah tidak dapat dipenuhi. Apapun wahai si lelaki banyakkan bertenang dan bersabar. Cuba bertindak rasional sebagai ketua keluarga yang menjadi dahan tempat anak isteri berteduh. Sekali anda tersalah bertindak ia amat memberi kesan yang mendalam di hati isteri dan anak-anak. Jangan salahkan mereka jika anda tidak dihormati dan kurang mendapat perhatian anak isteri. Jagalah kehormatan kalian sebagai suami yang hebat.

Ok..sambung citer tentang suasana di court. Sampai Court, masya Allah, ramainya manusia. Banyak betul kes hari ini. Suasana mahkamah jadi tidak selesa. Mahkamah pula ada satu untuk Mahkamah Rendah dan satu untuk Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah pun tak cukup. Mahkamah Rendah Kuantan seorang, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pun seorang. Banyaknya perkara yang perlu dilakukan reformasi dan transformasi.

Kasihannya nasib mahkamah syariah. Kemudahan dan prasarana yang ada adalah terhad. Sedangkan kes terlalu banyak........I have to do something...li usaiduhum....


Petang dah tak ada kes untuk firm saya kerja ni.Boleh siapkan kerja2 KIPSAS pula.... :) Itu ajer untuk perkongsian hari ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...