Selasa, 1 Jun 2010

Asas Guaman Syarie 1



Hari ini saya nak kongsi ilmu asas dalam bidang Guaman Syarie. Topik pertama ialah apa yang dikatakan al-Wakalah fil-Khusumah. Bagi yang ingin mendalami bidang ini, asas wakalah ini kita kena faham dulu...ok baca selanjutnya....




AL-WAKALAH FIL-KHUSUMAH

Takrif

Terdapat banyak pentakrifan yang dibuat berkaitan istilah di atas. Diantaranya ialah :

A) Wakalah :

Bahasa

  1. Jaminan dalam melaksanakan tugas orang lain.
  2. Pergantungan dan penyerahan tugas
  3. Penjaga (al-wiqayah) atau penjagaan.

Istilah Syarak :

Menggantikan orang lain dalam melaksanakan sesuatu tugas iaitu menyerahkan kepada seseorang yang lain untuk melaksanakan apa-apa tasarruf terhadap seseorang dalam urusan yang berkaitan. Tugas tersebut boleh diterima ganti oleh mereka yang mempunyai hak tanpa disyaratkan dengan kematiannya.

B) Al-Khusumah :

Bahasa :
Bermaksud al-jadal atau perdebatan atau al-munaza’ah atau perbalahan.

Istilah Syarak :
  1. Tuduhan yang sah atau jawapan yang jelas  terhadap pertuduhan dengan iqrar atau ingkar.

  1. Dakwaan dan jawapan kepada dakwaan itu.

Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut wakalah dan khusumah ia membawa maksud :

Merurut Istilah Syarak :

Akad penyerahan kepada orang tertentu supaya menggantikan dirinya untuk menuntut pendakwaan atau menjawab sesuatu sama ada ingkar atau setuju di hadapan mahkamah.

Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Hanbali wakalah bil al-khusumah bermaksud mewakili orang yang kena dakwa dalam pertikaian untuk menegakkan kebenaran.
 

Menurut Undang-Undang :

Seseorang yang mewakili orang lain dalam urusan pendakwaan di hadapan hakim syarie baik dalam sesuatu prosiding mahkamah atau perkara yang berhubung dengan kes yang dipertikaikan. Wakil atau dikenali sebagai peguam ini bertanggungjawab atas semua dakwaan dan segala yang berkaitan dengan apa yang didakwa.

Ciri-ciri Wakalah

  1. Dibuat melalui satu kontrak yang memberi keizinan pada wakil (peguam) melalui akad. Akad kontrak ini dikenali sebagai wakalah.

  1. Perkara yang hendak diwakilkan itu hendaklah diketahui oleh kedua-dua pihak secara jelas sama ada oleh pewakil mahupun wakil (peguam).

  1. Perkara yang hendak diwakilkan itu hendaklah boleh diterima ganti . Tidak boleh mewakilkan perlara yang tidak boleh diterima ganti seperti dalam ibadah seperti solat.

  1. Perkara yang diwakilkan itu adalah milik pewakil yang menguasai perkara itu menurut hukum syarak.

  1. Wakalah itu tidak disyaratkan selepas mati. Jika dilakukan selepas kematian ia menjadi wasiat.

Rukun Wakalah bil al-khusumah

  1. Pewakil ( anak guam )
  2. Wakil (peguam)
  3. Perkara yang diwakilkan.
  4. Akad ( lafaz ijab dan qabul)

Hukum mengamalkan wakalah al-khusumah:

Menurut jumhur ulamak ianya diharuskan berdasarkan perlaksanaannya di zaman Rasulullah s.a.w dan kes-kes yang berlaku pada zaman sahabat.

Namun persoalan yang timbul ialah:

  1. Adakah wakalah ini boleh bertindak sebagai pengganti?
  2. Adakah wakil merupakan orang yang boleh diberi kuasa penuh?

Terdapat dua jawapan yang berbeza kepada persoalan di atas .

  1. Wakalah yang diwakilkan oleh peguam adalah pengganti  kepada pewakil (anak guam) dalam pendakwaan atau menjawab sesuatu pendakwaan sama ada ingkar atau setuju.

  1. Jika wakalah yang diberi oleh pewakil ( anak guam ) kepada wakil (peguam) dengan kuasa penuh, maka ia dibolehkan bertinndak melebihi kuasa anak guamnya. Walaubagaimanapun jika wakalah diberikan tidak berkuasa penuh sekalipun, wakil (peguam) adalah sah menyalahi anak guamnya jika ia dilakukan ke arah kebaikan wakalah tersebut....sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...