Rabu, 26 Mei 2010

Sebulan di Lawyer Firm

26 Mei 2010

Hari ni pagi-pagi lepas punch card di kolej, relex2 kejap 8.30 pagi terus ke firm. Sampai ofis tak buka lagi....Ajak suami breakfast jap di Restoran Taj di bawah. Pekena roti canai dan milo tarikk...kau--kau punyer...

Pagi ni bos firm saya kata ada 15 kes. Saya kena tolong buat mantion kes. Lepas breakfast..naik ke firm..tu dia..bertimbun 15 fail cliant. Ingat nak tolong bawa fail2 tu ke Court. Ambik hati bos sikit. Ceewah... :)

Saya call bos ( En Zuki), kata boleh tak nak tolong bawa fail2 kes hari ini. Dia kata kalau rajin bawalah..tak payah dia datang ofis boleh terus ke court. Best!!...baru ada gaya lawyer..he..he.. Lama dah tak bawa kes.

Sampai di court..ada 3 kes Mahkamah Rendah dan 12 kes Mahkamah Tinggi. Banyak mantion. En Zuki minta buat mantion. Sebelum tu dia perkenal dulu ke lawyer2 lama. Ok..mereka semua best2 belaka..Asyik buat lawak ajer...Yang bestnya seorang lawyer yang dah popular ex-student kolej. Dia asyik cerita pengalaman manis di kolej. Tidur dalam kelas, tangkap ikan keli masa banjir di kolej , tunjuk perasaan dan lain-lain lagi. Dia kata walaupun lepas kolej dia sambung pengajian di UKM tapi pengalaman di kolej adalah pengalaman paling manis. He..he..kembang jugak bila student suka di kolej lagi dari pengalaman di universiti. Sebab di kolej pensyarah lebih friendly berbanding di U. Nak dapat pensyarah layan student macam di kolej saya berkerja ni susah tau....Tak caya tanya ex-student saya..He..he..masuk lift tekan sendiri...

Kes banyak kes poligami hari ini. Semua permohonan poligami di buat dalam Kamar Hakim. Letih weh menunggu. Poligami kes yang tidak boleh dibicarakan di Mahkamah terbuka. Jadi kami tunggulah selesai semua kes poligami dulu..Tak silap ada 6 kes. Pukul 11.30 baru siap kes di kamar hakim..Than barulah giliran kami lawyer2 di mahkamah terbuka ini buat mention dan perbicaraan..

Hem..banyak perkara nak komen ..tapi tak sempat nak taip. Dah azan zohor baru siap bicara tupun ada 2 kes terpaksa tangguh ke petang.

Pengajaran yang dapat di ambil hari ini :

1) Kes syariah terlalu banyak sekarang...lawyer syariah boleh buat duitlah.. :)
2) Lambakan kes tapi hakim mahkamah tinggi seorang jer menyebabkan terpaksa banyakkan walau masa tak sempat. Jika tak buat banyak sehari...orang marah kes lambat siap...Itulah kekangan di Mahkamah Syariah...fikir-fikirlah sendiri...

Lotehnyer....petang ada meeting di kolej...meeting HEP..so 2.30 petang after solat n lunch ke kolej pulak...Sambung citer esok pulak yer...

Jumpa lagi..

3 ulasan:

  1. assalamualaikum ustazah...

    betul3...
    sayang sgt3 pensyarah2 di kolej...
    terbaik! ;)
    kenangan terindah sgt3 adalah di kipsas..

    BalasPadam
  2. wah busy ny ustazah hasiah ku yang seorang nie..!~

    Allah ma'ak insya Allah!!~ ;)

    BalasPadam
  3. Ha...dah ada yang menyokong nih...:)
    Actually, kami menjalankan tanggungjawab yang terbaik untuk kalian anak-anak didik kami. Bagi ustazah kalian adalah pelajar2 yang baik jadi tiada sebab kami tidak boleh memberikan yang terbaik buat kalian.
    Lagipun uslub dakwah yang paling berkesan ialah melalui kasih sayang atau ringkasnya dengan remaja sekarang kena friendly.
    Anyway...ustazah yakin kalian Tasya, Mus, Naqiah dan yang lain-lain boleh pergi lebih jauh, berjaya dan menjadi manusia yang hebat. Yang penting....KEMAHUAN + SEMANGAT.

    Doa ustazah sentiasa mengiringi kalian..Love U All...:)

    BalasPadam

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...