Selasa, 17 Ogos 2010

Arkib Berita Buang Bayi

Lagi berita buang bayi hari ini. Kali ini dia macam tahu-tahu ajer tuan rumah yang diletakkan bayi dihadapan rumah tersebut tiada anak. Nampaknya mereka yang hendak buang bayi ini dah intai dahulu di mana tempat yang stategik. Undang-undang dan hukuman telah dibuat. Sekarang yang tinggal hanyalah penguatkuasaan. Sejauhmana undang-undang tersebut dikuatkuasakan bagi memberi pengajaran kepada penjenayah buang bayi dan masyarakat ?....???? Nabil kata..lu fikirlah sendiri...Orang utara kata hang pikiqlah...

Berikut Berita dipetik dari Utusan Malaysia Online hari ini 17 Ogos 2010.



Bayi perempuan ditinggalkan depan rumah

17/08/2010 6:38pm

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari ditemui oleh seorang pekerja kilang di hadapan rumahnya di Bukit Minyak di sini, Ahad lalu.
Bayi seberat 1.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin pada kira-kira 11 malam oleh pekerja kilang berusia 38 tahun dan isterinya yang pulang dari menunaikan solat Terawih.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah hari ini berkata, bayi itu dalam keadaan sihat dan diletakkan di atas meja di hadapan rumah pekerja kilang itu.
"Pasangan suami isteri berkenaan yang tidak mempunyai anak pada mulanya berhasrat menjadikan bayi itu sebagai anak angkat. Bagaimanapun atas nasihat rakan-rakannya, lelaki terbabit menyerahkan bayi itu kepada pihak polis pagi ini,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hasiah

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...